Belajar BM Bersama Cikgu Pang

Guru BM dari SJKC sejak tahun 2004

Latihan Model Pra-UPSR

Posted by Unknown

1.    Ibu menggoreng ikan ______________ menunggu nasi masak.
A. selagi              
B. kecuali                 
C. apabila                 
D. sementara
     
2.    Cikgu Mansur mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yu Jern. _____________ mempunyai seorang cahaya mata.
A. Beta                
B. Patik                     
C. Beliau                  
D. Mereka

3.    Keropok ikan yang baru digoreng itu sungguh _______________ dan enak.
A. lemau             
B. empuk                   
C. rangup                 
D. lembik

4.    Ayah dan abang sedang _______________ pagar.
A. mengikat        
B. menyapu               
C. mengecat             
D. mewarnakan

5.    Semenjak kematian suaminya, Mak Minah mengambil upah _______________ tikar mengkuang.
A. mengait          
B. menjahit                
C. menyulam              
D. menganyam

6.    Baju-baju yang dijual di butik itu cantik _______________ harganya amat mahal.
A. kalau              
B. tetapi                     
C. kecuali                  
D. walaupun

7.    “ _____________, rasakan tikaman kerisku ini!” jerit Hang Tuah.
A. Nah                 
B. Cis                        
C. Wah                      
D. Wahai

8.    Datuk masih menyimpan _______________ senapang lama.
A. sedas              
B. selaras                 
C. sepohon              
D. sebatang

9.    Li Meng dan Hong Yu ketawa ________________ ketika mendengar cerita lucu daripada Seng Huat.
A. teresak-esak                          
B. berdekah-dekah             
C. tergagap-gagap                    
D. berkontang-kanting

10. Bunga Rafflesia ______________ bunga yang dilindungi daripada kepupusan.
A. ialah               
B. tidak                      
C. adalah

11.  __________________ udang galah itu dijual dengan harga RM10 sahaja.
A. Seikat             
B. Seekor                  
C. Selonggok           
D. Segerombolan

12. Mara berjaya melanjutkan pelajaran ________________ negara.
A. ke luar            
B. ke dalam              
C. ke hujung            
D. ke seluruh

13.  “__________________ lah masuk ke rumah saya”, pelawa Janet.
A. Jemput           
B. Usah                     
C. Jangan                
D. Tolong

14. Tulang-tulang mangsa pembunuhan tentera Serbia _________________ di sana sini.
A. selerak                       
B. menyelerak         
C. berselerakan       
D. menyelerakkan

15. Jarjit dan Meng Meng _______________ kerana pendapat mereka tidak selaras.
A. muka tembok
B. banyak mulut      
C. berat mulut          
D. bertikam lidah

16. Kawasan ____________ itu ditumbuhi pokok-pokok bakau.
A. berlubang      
B. berpaya                
C. berulat

17. Cikgu Lee sedang menegur _____________ orang murid yang ponteng sekolah.
A. seluruh          
B. separuh               
C. beberapa             
D. dua per tiga

18. Pak Zambri menghalau kambing-kambingnya masuk ke ________________ pada waktu petang.
A. reban              
B. pagar                    
C. pondok                 
D. kandang

19. Wakil rakyat itu memuji penduduk setempat yang hidup bersatu-padu bagaikan ______________
A. aur dengan tebing
B. ayam berak kapur
C. pahat dengan penukul
D. kerbau dicucuk hidung

20. .__________________ Persatuan Kajian Tempatan telah membuat laporan lawatan ke Melaka Bandar Raya Bersejarah.
A. Sukarela        
B. Kerjasama           
C. Kakitangan         
D. Setiausaha

21. Sayur-sayuran yang dijual di pasar sangat segar dan murah harganya.
Perkataan berlawan bagi segar ialah
A. layu                 
B. lemah                   
C. mahal                   
D. jernih

Soalan 22
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

22. Setiap hari, bapa bertungkus lumus mencari rezeki untuk menyara keluarga.
A. harta               
B. nafkah                  
C. pendapatan

Soalan 23 dan Soalan 24
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
     
23. Oleh sebab tidak memakai lencana Kok Yao didenda oleh guru disiplin.

A. Guru disiplin yang tidak memakai lencana sekolah didenda oleh Kok Yao.
B. Kok Yao didenda oleh guru disiplin kerana tidak memakai lencana sekolah.
C. Kok Yao dan guru disiplinnya didenda kerana tidak memakai lencana sekolah.
D. Guru disiplin itu didenda oleh Kok Yao kerana tidak memakai lencana sekolah.

24. “ Kim Hock, ibu tidak benarkan kamu bermain layang-layang di tepi jalan,” kata ibu.

A. Ibu melarang Kim Hock bermain layang-layang di tepi jalan.
B. Ibu menasihati Kim Hock agar bermain layang-layang di tepi jalan.
C. Ibu Kim Hock membencinya kerana bermain layang-layang di tepi jalan.
D. Ibu tidak membenarkan Kim Hock bermain layang-layang di taman permainan.

Soalan 25
Pilih ayat tanya yang paling sesuai dengan ayat yang diberikan.

25. Projek pembinaan jambatan itu terpaksa dibatalkan kerana menerima bantahan daripada penduduk.

A.    Bagaimanakah sikap penduduk terhadap projek pembinaan jambatan itu?
B.     Mengapakah penduduk membantah projek pembinaan jambatan itu?
C.     Siapakah yang membantah projek pembinaan jambatan tersebut?
D.    Mengapakah projek pembinaan jambatan itu dibatalkan?

Soalan 26
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat yang diberikan.

26. Adakah kamu boleh menyelesaikan masalah itu?

A. Saya akan cuba menghubunginya.
B. Saya tidak mahu menyelesaikan masalah itu.
C. Ya, saya yakin boleh menyelesaikan masalah itu.

Soalan 27 dan Soalan 28
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

27.    I.    Lembu yang tertambat pada pokok itu telah hilang.
II.    Saya tertambat ke sekolah kerana bangun lewat.
III.   Para penonton tertambat dengan gelagat badul yang lucu itu.
IV.  Tandas itu tidak boleh digunakan lagi kerana telah tertambat.
  
A.   I dan II sahaja                                  
B.   I dan III sahaja
C.   I dan IV sahaja
D.   I, III dan IV sahaja



28.     I.    Khairul hidup bahagia bersama-sama keluarganya.
II.    Nama orang yang berjasa kepada negara tetap hidup walaupun mereka sudah tiada di dunia ini.
III.   Saya berasa sedih sekali kerana tidak dapat hidup dalam peperiksaan itu.
IV.  Perniagaan syarikat pelancongan itu hidup kembali setelah diambil alih oleh Encik Li.
A.   I, II dan III sahaja
B.   I, II dan IV sahaja
C.   I, III dan IV sahaja
D.   II, III dan IV sahaja

Soalan 29 dan Soalan 30
Pilih ayat yang betul.

29.     A. Bola itu disepak oleh saya.
         B. Sedap Restoran terletak di Jalan Sakeh.
         C. “Kami akan berkelah di Tanjung Mas semalam”, kata Murni.
         D. Jarak di antara rumahnya dengan sekolah hanya satu kilometer.

30.      A.  Ibu membeli goreng pisang di gerai Pak Ali.
B.   Dia bercita-cita hendak menjadi seorang doktor.
C.   Adiknya menangis semenjak anak patungnya hilang.
D.   “Kami telah menunggu Kai Jie satu setengah jam di sini,” kata Jack dan Samy.

Skema jawapan:
1.       D
2.       C
3.       C
4.       C
5.       D

6.       B
7.       A
8.       B
9.       B
10.    A

11.    C
12.    A
13.    A
14.    C
15.    D

16.    B
17.    C
18.    D
19.    A
20.  D

21.    A
22.    B
23.    B
24.    A
25.    D

26.    C
27.    B
28.    B
29.    D
30.    B
 

 

0 comments:

Post a Comment