Belajar BM Bersama Cikgu Pang

Guru BM dari SJKC sejak tahun 2004

Latihan Model UPSR

Posted by Unknown

1.  __________ contohilah sikap Ramu yang rajin,'' kata Cikgu Chan kepada murid-muridnya.
          A   Kau
          B   Kita
          C   Saya
          D   Kalian

2.  Emak sedang __________ nasi di dalam periuk itu.
          A  mencedok
          B  menyodok
          C  memungut
          D  mengambil

3.  Dia menggunakan __________ untuk memasukkan nasi ke dalam pinggan.
          A  sudu
          B  garpu
          C  camca
          D  senduk

4.  Kammarudin __________ tidak datang ke sekolah kerana dia sakit.
          A  jarang
          B  sering
          C  lambat
          D  sengaja

5.  Meng Kok __________ melihat aksi pesilat yang hebat itu.
          A  terdongak
          B  terpejam
          C  terpukau
          D  terbuka

6.  Adik tidak lalu makan kerana demam. Dia __________ beberapa suap nasi sahaja.
          A  menjamah
          B  menghidu
          C  mencubit
          D  meratah

7.  Ubi keledek yang direbus oleh kakak telah __________ .
          A  garing
          B  empuk
          C  lembik
          D  lembut

8.  __________ awak hendak cepat tiba di sungai itu, ikutlah jalan ini.
          A  Sementara
          B  Sekiranya
          C  Apabila
          D  Walhal

9.  __________ negara yang tercinta, marilah kita bersama-sama mempertahankannya.
          A  Dalam
          B  Demi
          C  Pada
          D  Bagi

10.  Liana meletakkan beg sekolahnya di __________ rak buku.
          A  belakang
          B  hadapan
          C  atas
          D  sisi

11.  Pada masa dahulu, negara kita __________ dijajah oleh tentera Jepun.
          A  masih
          B  sudah
          C  pernah
          D  sedang

12.  Atuk menggunakan __________ untuk mengasap kemenyan.
          A  pembaraan
          B  perbaraan
          C  membara
          D  berbara

13.  Patutlah dia kurang sopan. Rupa-rupanya dia anak yang tidak __________ .
          A  mengajar
          B  belajar
          C  pelajar
          D  berajar

14.  Walaupun sudah menjadi __________ dia tetap ramah dan merendah diri.
          A  orang besar
          B  orang kanan
          C  orang tengah
          D  orang harapan

15.  __________ majlis itu akan tamat pada pukul 12.30 tengah hari.
          A  Tatasusila
          B  Tataacara
          C  Tataadab
          D  Tatacara

16.  Baju yang dipakai adik __________ terkena kotoran ketika bermain di halaman rumah.
          A  calar-balar
          B  comot-momot
          C  coreng-moreng
          D  compang-camping

17.  Kemalangan itu menyebabkan beberapa batang __________ basikalnya patah.
          A  kekuda
          B  rerantai
          C  reroda
          D  jejari

18.  Mak Cik Limah membawa __________ parang ke kebun getahnya.
          A  sebentuk
          B  sebatang
          C  sebilah
          D  selaras

19.  Encik Tan telah __________ ke Sarawak agar perniagaannya mendapat keuntungan yang lebih.
          A  beralih angin
          B  kepala angin
          C  bawah angin
          D  ambil angin

20.  Chee Seng dan Mun Loong __________ untuk menegakkan pendapat masing-masing.
          A  berhati batu
          B  bermuka dua
          C  berbelah bagi
          D  bertikam lidah

21.  Masyarakat Melayu lama sangat berpegang pada adat.
        Pilih perkataan seerti bagi lama.
         A  kuno
         B  purba
         C  dahulu
         D  tradisional

22.  Kawasan terpencil di Sabah sering dilanda masalah banjir.
         Pilih perkataan berlawan bagi terpencil.
         A  luar bandar
         B  pedalaman
         C  kampung
         D  bandar

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

23.   I    Cikgu tinggi suara apabila marah.
        II    Kapal terbang itu terbang tinggi di udara.
        III  Shin Min seorang yang bercita-cita tinggi.
        IV   Harga kereta import lebih tinggi daripada kereta tempatan.

          A   I, II,dan III
          B   I, II, dan IV
          C   I, III, dan IV
          D  II, III, dan IV

24.    I    Rambut adik saya agak jarang.
         II     Siew Kuan, tolong jarang air di dapur.
         III   Encik Chang memang jarang minuman di gerai itu.
         IV    Tiba-tiba sahaja persahabatan mereka menjadi jarang.

          A  I dan II
          B  I dan III
          C  II dan IV
          D  III dan IV

25.  Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
        Jun Meng memberitahu saya bahawa dia akan ke Kuala Lumpur esok.
          A  Bilakah Jun Meng akan ke Kuala Lumpur.
          B  Apakah yang beritahu oleh Jun Meng kepada kamu?
          C  Jun Mengkah yang memberitahu kamu bahawa dia hendak ke Kuala Lumpur?
          D  Mengapakah Jun Meng  memberitahu kamu bahawa dia hendak ke Kuala Lumpur?

26.  Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat di bawah.
         Berapa orangkah yang terlibat dalam tragedi bot karam di sungai itu?
          A  Memang tragedi bot karam itu berlaku di sungai.
          B  Tragedi bot karam itu melibatkan orang tua sahaja.
          C  Semua orang yang terlibat dapat diselamatkan.
          D  Hanya tiga orang yang terlibat dalam tragedi itu.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat diberikan.

27.  ''Acara sukan dijangka berlarutan hingga ke petang,'' kata guru besar.
          A  Guru besar akan menamatkan acara sukan petang ini.
          B  Guru besar mengarahkan acara sukan akan berakhir hingga petang.
          C  Guru besar menjangkakan acara sukan akan berakhir pada waktu petang.
          D  Guru besar memberitahu acara sukan hendaklah ditamatkan pada waktu petang.

28.  Kwan Teng tidak dapat memejamkan mata apabila teringatkan kejadian itu.
          A  Apabila teringat kejadian itu, Kwan Teng dapat melelapkan matanya.
          B  Akibat kejadian itu Kwan Teng memejamkan matanya.
          C  Akibat kejadian itu Kwan Teng tidak dapat tidur lena.
          D  Mata Kwan Teng tidak lelap kerana kejadian itu.

Pilih ayat yang betul.

29.    A  Pemandu-pemandu dinasihatkan supaya berhati di jalan raya.
          B  Pemuda itu bercita-cita tinggi tetapi usahanya kurang.
          C  Mari kita berteduh di dalam pohon ketapang.
          D  Kucing itu sedang meratah dua ikan.

30.   I      Puan Chan sedang menggoreng pisang.
          II    Seluruh negeri-negeri bercuti pada Hari Raya.
          III  Rizal akan menaiki bas Ekspres Murai ke Kuantan.
          IV   Chuan Keong dan kawan-kawannya selalu bermain bola pada tiap petang.
          A  I dan II
          B  I dan III
          C  II dan III
          D  III dan IV

Contoh jawapan:

  1. D
  2. A
  3. D
  4. B
  5. C
  6. D
  7. B
  8. B
  9. B
  10. C
  11. C
  12. A
  13. D
  14. A
  15. D
  16. B
  17. D
  18. C
  19. A
  20. D
  21. A
  22. D
  23. D
  24. B
  25. B
  26. D
  27. C
  28. C
  29. B
  30. B

Senarai Nilai-nilai Murni

Posted by Unknown

1.   jujur
2.   ikhlas
3.   amanah
4.   berani
5.   sabar
6.   tabah
7.   adil
8.   simpati
9.   rajin
10. gigih
11. insaf
12. tenang

13. tegas
14. peramah
15. pemurah/ murah hati
16. mematuhi peraturan
17. mendengar nasihat
18. setia/ patuh
19. menghormati
20. hormat-menghormati
21. menolong
22. tolong-menolong
23. menepati masa
24. menghargai masa
25. menghargai persahabatan
26. menghargai nyawa
27. menghargai harta-benda
28. berhemah tinggi
29. bersopan-santun
30. berbudi bahasa
31. keyakinan diri
32. kasih sayang
33. kesederhanaan
34. bertimbang rasa
35. bertolak ansur
36. bersyukur
37. membalas budi/ mengenang jasa
38. bertanggungjawab
39. berdisiplin
40. berjimat-cermat
41. berdedikasi
42. berdikari
43. bekerjasama
44. berperikemanusiaan
45. bersatu padu
46. menjaga kebersihan
47. menjaga kesihatan
48. menjaga keselamatan
49. menjaga nama baik
50. mencintai alam sekitar

51. prihatin/ mengambil berat
52. meminta maaf
53. menerima pandangan/ rasional
54. semangat kejiranan
55. semangat patriotik
56. rendah diri
57. taat kepada agama
58. berhati-hati
59. baik hati 
60. semangat kejiranan

Senarai Kata Kerja

Posted by Unknown

Aktiviti di dapur

  • mencuci sayur
  • memotong sayur
  • mencencang daging
  • menghiris bawang
  • mengisar cili
  • menumbuk cili
  • menyiang ikan
  • memerah santan
  • memerah jus oren
  • mengisar cili
  • mengopek kulit
  • menapis air
  • mengayak tepung
  • menguli / mengadun tepung
  • mengukus ikan
  • menanak nasi
  • menjerang air
  • menggoreng ikan / ayam / sayur
  • membakar kek / roti
  • memasak
  • merebus telur
  • mereneh sup
  • membancuh kopi
  • mencedok nasi / sup
  • menyenduk nasi
Aktiviti di taman
  • bersenam
  • berjoging
  • bersiar-siar
  • berbual-bual
  • berkejar-kejaran
  • memanaskan badan
  • bermain papan gelongsor
  • bermain jongkang-jongket
  • bermain catur
  • bermain layang-layang
  • bermain buaian
  • menyepak bola
  • menjaringkan gol
  • bermain badminton
  • mengayuh / menunggang basikal / berbasikal
  • bertegur sapa
  • membaca novel / buku cerita
  • mendayung sampan
  • berkelah
  • menikmati makanan / pemandangan
  • mengambil gambar
  • membuang sampah
  • mengutip sampah
Aktiviti di ruang tamu
  • menonton televisyen
  • melipat pakaian
  • bermain alat mainan
  • mendengar muzik / radio
  • menghirup kopi
  • menjahit baju
  • menganyam tikar
  • mendodoikan anak
  • bermain piano / biola
Aktiviti di kebun / kebun bunga
  • berpeluh
  • mengusap peluh
  • menanam pokok bunga
  • menyiram pokok bunga
  • menyembur racun serangga
  • membubuh baja
  • mencantas daun pokok
  • memangkas rumput
  • menebang pokok
  • mencangkul tanah
  • menggali lubang
  • mencabut rumput
  • menyabit rumput
  • menjolok / mengait buah
  • memetik bunga / buah

Hikayat Burung Gagak yang Bijak

Posted by Unknown


Hikayat Sang Kancil dan Buaya

Posted by Unknown

Selamat Datang!

Posted by Unknown

Hi kawan-kawan, selamat datang ke blog Cikgu Pang!Jom, mari kita belajar bersama-sama!=)